MENU UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 28 May 2012

PROGRAM OUTREACH SSQS "SHARING IS CARING"

22.5.2012 – Program Outreach SSQS , Pembestarian Sekolah “Sharing is Caring” Daerah Hulu Selangor . Program tersebut telah dijalankan di SK Taman Bunga Raya 2 dari jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang. Seramai 36 orang guru/pentadbir dan 44 orang murid menyertai program ini sebagai peserta bagi dua aktiviti yang berbeza.

Guru mendengar perkongsian dan beberapa maklumat dari Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1 iaitu Pn Zalina bt Zubir ( Pemenang kedua Anugerah kepimpinan teknologi dan komunikasi peringkat Kebangsaan 2012). Mereka juga diperkongsikan dengan pengalaman aktiviti dari Pn Saemah bt Mat Shahir dari SMK Ampang Pecah. Guru juga disediakan dengan soalan kuiz ICT untuk mencabar pengetahuan mereka .

Murid pula menjalankan aktiviti Jejak Maklumat ICT untuk sekolah menengah dan Kuiz ICT untuk sekolah rendah. Semua murid menerima hadiah dan aktiviti dijalankan dengan lancar dan semua murid bergembira sehingga majlis selesai.

Ucapan setinggi terima kasih kepada BTPN Selangor UPICT kerana membantu dari segi kewangan dan sokongan. Terima kasih juga kepada pihak sekolah kerana menyediakan tempat yang sangat kondusif. Terima kasih kepada semua Staf PKG Daerah Hulu Selangor menjayakan program kali ini. Semoga SSQS di daerah ini akan terus menuju kearah 5 bintang.








Tuesday 15 May 2012

LAWATAN PENDIDIKAN MAHASISWA UNILA DAN UNIMED

15 Mei 2012 - SK Bukit Beruntung. Hari ini tercatat sejarah baru bagi sekolah ini apabila menerima lawatan dari Indonesia. Dua buah Universiti yang membawa peserta seramai 50 orang iaitu dari Universitas Negeri Lampung (UNILA) dan Universitas Negeri Medan (UNIMED). Acara bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari berbentuk ucapan dan sesi bertukar pengalaman antara dua negara. Lawatan ke seluruh kawasan sekolah dan Perjanjian Usaha sama antara pihak Universitas dan Sekolah. Pentadbir Sekolah Bukit Beruntung juga menjemput PKG Sg Choh En Mohd Izuan b Yaakop untuk mengambil video dan gambar digital untuk dijadikan bahan dokumentasi sekolah . PKG Sg Choh juga dibantu oleh En Abd Wahi b Wahid dari Unit Media Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor dan En Muhamad Amin b Othman dari PKG Kalumpang. Segala Bantuan yang dihulurkan kami mengucapkan ribuan terima Kasih.






















Monday 14 May 2012

TAKLIMAT GOOGLE APLIKASI PPD HULU SELANGOR

Taklimat Google Aplikasi. - 11.5.2012 Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Satu taklimat telah diadakan oleh penceramah jemputan iatu En Mohd Izuan b yaakop dari PKG Sg Choh dan dibantu oleh En Khairil Annuar b Ablah dari PKG Kg Soeharto. Ia diadakan bertujuan untuk membantu semua kakitangan PPD Hulu Selangor dalam memahirkan diri menggunakan Google Aplikasi ini selaras dengan kehendak Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang mahu menggunakan Emeil @btpnsel di semua sekolah di negeri ini. Taklimat ini berjalan dengan lancar dan ia akan dibuat dari masa ke semasa mengikut keperluan dan permintaan dari PPD . Satu Tutorial mengenainya telah diberikan kepada semua Staf PPD untuk memudahkan mereka meneruskan kemudian. Semua peserta taklimat bersemangat dan menunjukkan minat yang tinggi dalam penggunaan Google aplikasi ini.






















GAMBAR PESERTA BENGKEL PEMBINAAN E- BAHAN MBMMBI DAERAH HULU SELANGOR

BENGKEL PEMBINAAN E- BAHAN MBMMBI DAERAH HULU SELANGOR

Bengkel MBMMBI - pada 10hb Mei 2012 satu bengkel penghasilan bahan MBMMBI bagi Guru Perpustakaan dan Media telah diadakan.Penceramah bagi bengkel tersebut adalah Pn Khairul Faridah Bt Hasan dan dibantu oleh staff dan pegawai 3 PKG daerah Hulu Selangor iaitu PKG Sungai Choh, PKG Kuala Kubu Bharu, PKG Kalumpang dan PKG Soeharto.Tujuan bengkel ini adalah supaya semua bahan tersebut dapat digunakan bagi Pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping untuk NILAM dan PSS. Bahan ini dihasilkan mengikut katagori iaiti Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Semua bahan dapat disiapkan dan bengkel ini berjalan dengan Lancar. Semua guru dan Urusetia berpuas hati dan berharap bengkel seperti ini dapat dijalankan dari masa ke semasa.