MENU UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 15 May 2012

LAWATAN PENDIDIKAN MAHASISWA UNILA DAN UNIMED

15 Mei 2012 - SK Bukit Beruntung. Hari ini tercatat sejarah baru bagi sekolah ini apabila menerima lawatan dari Indonesia. Dua buah Universiti yang membawa peserta seramai 50 orang iaitu dari Universitas Negeri Lampung (UNILA) dan Universitas Negeri Medan (UNIMED). Acara bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari berbentuk ucapan dan sesi bertukar pengalaman antara dua negara. Lawatan ke seluruh kawasan sekolah dan Perjanjian Usaha sama antara pihak Universitas dan Sekolah. Pentadbir Sekolah Bukit Beruntung juga menjemput PKG Sg Choh En Mohd Izuan b Yaakop untuk mengambil video dan gambar digital untuk dijadikan bahan dokumentasi sekolah . PKG Sg Choh juga dibantu oleh En Abd Wahi b Wahid dari Unit Media Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor dan En Muhamad Amin b Othman dari PKG Kalumpang. Segala Bantuan yang dihulurkan kami mengucapkan ribuan terima Kasih.






















0 comments:

Post a Comment