MENU UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 20 July 2012

MESYUARAT PENYELARASAN SKT DAERAH HULU SELANGOR DAN MAJLIS SAMBUTAN AWAL RAMADHAN 2012

19.7.2012 - Khamis, Mesyuarat Penyelarasan SKT Daerah Hulu Selangor. Mesyuarat ini telah diadakan di PKG Soeharto , jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Semua Ahli PKG Daerah Hulu Selangor berkumpul di sana untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan aktiviti PKG. Laporan SKT DGA32. DGA29, PT dan FT juga disemak dan dibetulkan agar selaras dengan kehendak semasa dan dapat dijadikan panduan mengisi SKT di HRMIS seperti yang di arahkan. Bengkel tersebut juga diadakan bersama sambutan awal Ramadhan. Berbagai juadah telah di bawa dan disediakan untuk dijadikan jamuan semasa bengkel. Satu tahlil ringkas diadakan bagi mengingati mereka yang telah pergi. Bengkel tersebut diakhiri dengan makan durian beramai-ramai yang dibawa khas dari Kalumpang . Semua kerjasama dan prihatin dari semua staf PKG Daerah Hulu Selangor di dahului dengan ucapan terima kasih. Kami warga PKG Sg Choh juga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan.





















0 comments:

Post a Comment