MENU UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 11 March 2010

BENGKEL PENGURUSAN FAIL

10 Mac 2010, Bengkel pengurusan fail telah diadakan di PKG Kalumpang selama dua hari iaitu bermula dari 9 Mac 2010 .Bengkel ini disertai oleh PT N17 4 buah PKG Daerah Hulu Selangor . Pn Norul Huda bt Mat Zaki (PKG Kuala Kubu Bharu), Pn Farida Bt Dari( PKG Soeharto), Pn Ruzana bt Tukimon ( PKG Sg Choh) .En Mohd Izuan iaitu Ft 17 PKG Sg Choh turut hadir menyertai bengkel ini. Matlamat bengkel ini adalah untuk mengemaskini dan memantapkan sistem pengurusan fail di PKG.





KHIDMAT BANTU ICT KEPADA PELAJAR UITM

pada 5/3/2010 seramai 6 orang pelajar uitm daripada Puncak Alam telah hadir di PKG Sg Choh untuk mendapatkan khidmat bantu mengenai hardware dan software yang digunakan didalam komputer.Khidmat bantu ini hanya mengambil masa 1 jam sahaja antara jam 3.30 ptg hingga 4.30 ptg.khidmat bantu ini telah disampai kan oleh En.Mohd Izuan B. Yaakop





Monday 1 March 2010

BENGKEL PENGURUSAN LAMAN WEB DAERAH HULU SELANGOR

Bengkel ini telah diadakan pada 23-24 Mac 2010 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Sungai Choh. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pengurusan dan pengendalian laman web di PKG-PKG daerah Hulu Selangor. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Wan Mohd Zaidi Bin Wan Zin Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Cheras. Seramai 8 orang staf PKG Hulu Selangor telah hadir untuk mengikuti bengkel tersebut.Bengkel ini dimulakan dengan pengenalan tentang laman web PKG daerah dan seterusnya penerangan mendalam tentang peggunaan laman web, contohnya penyiaran buletin PKG-PKG daerah , mengedit buletin,memasukkan gambar aktiviti PKG,memasukkan data sekolah ahli PKG dan data-data staf di PKG masing-masing.Bengkel ini telah diadakan julong-julong kalinya di PKG Sg Choh pada tahun 2010






MAJLIS JASAMU DIKENANG

19 Februari 2010, Majlis Jasamu Dikenang khas untuk Tn.Hj. Mohamad Yusof b. Abd.Aziz diadakan sempena persaraan beliau sebagai penjawat awam. Majlis diadakan di PKG Sg.Choh itu dihadiri oleh KPP BTPN Selangor, ketua-ketua Unit BTPN Selangor, PPD Hulu Selangor, wakil PTP PKG Negeri Selangor, pengetua dan guru besar serta GPM sekolah zon PKG Sg.Choh. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Kamaludin b. Salam, PTP PKG Bangi, kemudian ucapan oleh PPD, KPP dan sudah semestinya tetamu khas yang diraikan iaitu Tn.Hj. Mohamad Yusof. Seterusnya Tn. Hj. Mohamad Yusof menurunkan tandatangan di dalam buku kehadiran sebagai simbolik kepada persaraan beliau.
Pihak PKG Daerah Hulu Selangor merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan dari semua pihak yang telah menjayakan majlis tersebut.