MENU UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 10 February 2010

BENGKEL KAMPUS ASTRO PADA 9/2/2010

Bengkel Kampus Astro telah diadakan pada 9/2/2010 jam 2.30 ptg. bertempat di PKG Sungai Choh. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 24 orang GPM sekolah ahli PKG Sungai Choh. Taklimat tentang penggunaan Astro telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohamad Yusof dan En. Mohd Izuan.







Tuesday 2 February 2010

MESYUARAT JAWATAN KUASA PENGURUSAN PSS PKG SG CHOH BIL 1/2010 PADA 28/1/2010

Mesyuarat ini telah diadakan pada 28.1.2010 jam 2.30 petang. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh GPM seramai 24 orang dari Sekolah Ahli PKG Sg. Choh.



MESYUARAT JAWATAN KUASA PENGURUSAN PKG SG CHOH BIL 1/2010 PADA 27/1/2010

Mesyuarat Jawatankuasa pengurusan PKG telah diadakan pada 27/1/2010 jam 2.30 petang dihadiri oleh seramai 24 orang pengetua dan guru besar sekolah ahli PKG Sungai choh. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Sameon b. Hj. Sidik, Ketua Unit Sains Kemanusiaan PPD Hulu Selangor.Tetamu jemputan ialah Pn. Zariah Bt. Zainal, Ketua Unit Hal Ehwal PKG, mewakili Tuan KPP BTPN Selangor.









MESYUARAT PENGURUSAN GPB/GICT DAN FT17 BIL 1/2010 PADA 21/1/2010

Mesyaurat Pengurusan GPB/GICT & FT 17 telah diadakan pada 21.1.2010 jam 2.30 petang. Mesyuarat dihadiri oleh seramai 36 orang Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT & Juru teknik Komputer Sekolah Ahli PKG Sg. Choh.


Monday 1 February 2010

FALSAFAH

Bahawa penggunaan pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI CHOH 2012








PIAGAM PELANGGAN

1. Mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan peralatan TMK KPM di sekolah dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

2. Membantu sekolah untuk mencapai tahap minimum tiga bintang berdasarkan Smart School Qualification Standard dalam tempoh setahun.

3. Menyediakan khidmat kepakaran dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.

4. Khidmat nasihat berkaitan dengan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi serta Pusat Sumber Sekolah.

5. Memastikan siaran eduWeb TV dapat diakses dalam P&P secara online dan offline pada bila-bila masa.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PKG

MATLAMAT PKG

Untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran wawasan 2020 selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

OBJEKTIF PKG

1. Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompentensi guru yang berterusan.

2. Memberi khidmat bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan.

3. Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru.

4. Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.

5. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

DASAR KUALITI

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk yang bermutu dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitikberatkan penambahbaikan yang berterusan.

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN

LATIHAN

• Merancang dan menganjurkan pelbagai kursus / bengkel untuk guru-guru sekolah ahli.

• Mengenal pasti guru-guru yang perlu mengikuti kursus & bengkel di PKG atau di institusi lain.

• Membuat penilaian dan penyelidikan tentang keberkesanan kursus-kursus yang dijalankan.

PENERBITAN

• Merancang,membina dan menerbitkan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengajaran guru-guru.

• Menyebar,merekod dan menyimpan bahan-bahan yang diterbitkan untuk kegunaan guru-guru.

• Menerbitkan Manual Pengguna untuk guru-guru sebagai panduan menggunakan peralatan teknologi pendidikan.

PINJAMAN

• Menyenarai dan menghebahkan bahan / alatan yang boleh dipinjam oleh guru- guru sekolah ahli.

• Merekod dan mengurus semua pinjaman oleh guru-guru sekolah ahli.

• Memastikan semua bahan / alatan yang dipinjam berada dalam keadaan baik semasa dipulangkan.

KEGIATAN SOSIAL

• Berhubung dengan PPD / PSPN / BTP Institusi-institusi pelajaran dan swasta yang lain bagi mendapatkan maklumat pendidikan terkini untuk disebarluas.

• Menggalakkan guru-guru dalam aktiviti permainan.

• Merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapar mewujudkan hubungan silaturahim di antara warga pendidik, pemimpin dan masyarakat setempat.

PRASARANA

• Menyediakan bilik dan peralatan yang sempurna.

• Menyediakan kemudahan peralatan teknologi dan kemudahan talian internet.

• Menyediakan ruang rekreasi dan peralatan untuk aktiviti sosial.

FUNGSI PKG

1. Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan;

2. Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT;

3. Merancang, memantau, menyelaras dan menilai keberkesanan pelaksanaan Sekolah Bestari dan pembestarian sekolah;

4. Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media;

5. Merancang, menyelaras, menilai dan memantau pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah dan pembudayaan literasi maklumat;

6. Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak;

7. Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah;

8. Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.

VISI & MISI

*** VISI ***

MENERAJU TRANSFORMASI GENERASI BESTARI MELALUI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

*** MISI ***

PEMBANGUNAN KAPASITI DAN PENINGKATAN KUALITI PENGURUSAN INSTRUKSIONAL MENERUSI PEMBUDAYAAN INOVASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN