MENU UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 10 April 2012

BENGKEL PENGURUSAN DAN PENGISIAN DATA iQPSS DAN iNILAM

Pusat Kegiatan Guru Sg. Choh telah menganjurkan Bengkel Pengurusan dan Pengisian Data IQPSS dan iNILAM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PKG Sg. Choh. Bengkel ini diadakan pada 4 Febuari 2012 selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Seramai 26 peserta bersama 4 orang staff PKG, telah berjaya menghadiri bengkel pada kali ini dan diharapkan selepas ini para peserta akan mendapat pendedahan yang secukupnya bagi membantu Pengurusan dan Pengisian Data IQPSS dan iNILAM di sekolah.

Objektif utama kursus ini adalah sebagai pendedahan kepada Guru Perpustakaan dan Media serta Guru Perpustakaan tentang selok-belok pengurusan PSS yang berkesan. Bengkel ini juga memudahkan GPM dan PKG menyelesaikan masalah yang berbangkit, kekeliruan data dan menjimatkan masa. Selain tu, bengkel ini dijalankan adalah untuk memastikan sekolah menerima penarafan bintang yang bersesuaian dengan keadaan pusat sumber yang sebenar.

Bengkel ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua GPM kerana ia mencapai objektif dan tujuan diadakan. Peserta juga mahu bengkel seumpama ini diteruskan dari masa ke semasa. PKG juga amat berbesar hati dengan komitmen yang diberikan oleh semua GPM.






0 comments:

Post a Comment