MENU UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 1 March 2010

MAJLIS JASAMU DIKENANG

19 Februari 2010, Majlis Jasamu Dikenang khas untuk Tn.Hj. Mohamad Yusof b. Abd.Aziz diadakan sempena persaraan beliau sebagai penjawat awam. Majlis diadakan di PKG Sg.Choh itu dihadiri oleh KPP BTPN Selangor, ketua-ketua Unit BTPN Selangor, PPD Hulu Selangor, wakil PTP PKG Negeri Selangor, pengetua dan guru besar serta GPM sekolah zon PKG Sg.Choh. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Kamaludin b. Salam, PTP PKG Bangi, kemudian ucapan oleh PPD, KPP dan sudah semestinya tetamu khas yang diraikan iaitu Tn.Hj. Mohamad Yusof. Seterusnya Tn. Hj. Mohamad Yusof menurunkan tandatangan di dalam buku kehadiran sebagai simbolik kepada persaraan beliau.
Pihak PKG Daerah Hulu Selangor merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan dari semua pihak yang telah menjayakan majlis tersebut.







0 comments:

Post a Comment