MENU UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 13 July 2012

KHIDMAT BANTU PSS SK KG KUANTAN

11hb Julai 2012. Khidmat Bantu Pusat Sumber SK Kg Kuantan.Pertukaran pengurusan PSS adalah salah satu sebab program ini dijalankan bagi membantu Guru Perpustakaan dan media (GPM) belajar untuk menguruskan perpustakaan ini. Objektif utama ia dijalankan ialah meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal serta sistem pentadbiran.Meningkatkan penggunaan dan kadar pembacaan adalah hala tuju PSS diwujudkan. Berazam dalam meningkatkan taraf PSS di Zon PKG Sg Choh ini adalah tanggungjawab bersama PKG dan Sekolah Ahli .Progran ini dijalankan selama sehari dari jam 8.30 sehingga 5.00 petang. Program ini tertumpu kepada proses bahan buku dan menyusun kembali PSS. Terima kasih kepada Guru Besar Pn Norzakiah bt Hj Daud kerana membenarkan kami membantu. Terima kasih juga kepada Pn Hjh Rofishah (GPM) kerana sudi menerima kehadiran kami dan belajar dengan semangat untuk menguruskan PSS. Paling Istimewa pihak kami mengucapkan terima kasih kepada semua GPM sekolah ahli PKG Sg Choh yang terlibat kerana mahu bersama membantu sekolah dengan bersungguh-sungguh dalam membawa PSS ke arah yang lebih effision. Segala layanan dan jamuan yang disediakan sangat sedap dan PKG Sg Choh juga akan terus memantau dan membantu dari masa ke semasa sehingga PSS akan terus maju ke hadapan.














0 comments:

Post a Comment