MENU UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 28 May 2012

PROGRAM OUTREACH SSQS "SHARING IS CARING"

22.5.2012 – Program Outreach SSQS , Pembestarian Sekolah “Sharing is Caring” Daerah Hulu Selangor . Program tersebut telah dijalankan di SK Taman Bunga Raya 2 dari jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang. Seramai 36 orang guru/pentadbir dan 44 orang murid menyertai program ini sebagai peserta bagi dua aktiviti yang berbeza.

Guru mendengar perkongsian dan beberapa maklumat dari Guru Besar SK Taman Bunga Raya 1 iaitu Pn Zalina bt Zubir ( Pemenang kedua Anugerah kepimpinan teknologi dan komunikasi peringkat Kebangsaan 2012). Mereka juga diperkongsikan dengan pengalaman aktiviti dari Pn Saemah bt Mat Shahir dari SMK Ampang Pecah. Guru juga disediakan dengan soalan kuiz ICT untuk mencabar pengetahuan mereka .

Murid pula menjalankan aktiviti Jejak Maklumat ICT untuk sekolah menengah dan Kuiz ICT untuk sekolah rendah. Semua murid menerima hadiah dan aktiviti dijalankan dengan lancar dan semua murid bergembira sehingga majlis selesai.

Ucapan setinggi terima kasih kepada BTPN Selangor UPICT kerana membantu dari segi kewangan dan sokongan. Terima kasih juga kepada pihak sekolah kerana menyediakan tempat yang sangat kondusif. Terima kasih kepada semua Staf PKG Daerah Hulu Selangor menjayakan program kali ini. Semoga SSQS di daerah ini akan terus menuju kearah 5 bintang.








0 comments:

Post a Comment