MENU UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 26 April 2012

PEMANTAUAN PKG KE SK KG KUANTAN

Pada 26 April 2012, pihak PKG Sungai Choh telah melakukan pemantauan terhadap pengurusan pusat sumber sekolah dan pelaksanaan inisiatif ICT di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan.Secara keseluruhannya, proses pemantauan berjalan dengan lancar. Pihak kami juga telah mendapat komitmen yang sangat baik daripada pentadbir, guru perpustakaan dan media, guru penyelaras makmal komputer, guru-guru serta seluruh staf sekolah.







PEMANTAUAN PROGRAM PISA

Pada 26 April 2012 pihak PKG Sungai Choh telah melakukan pemantauan Program Penilaian Pelajar Internasional (Program for International Student Assessment) disingkat PISA ke SMK Syed Mashor. Pemantauan ini diketuai oleh PTP 1 PKG Sungai Choh Pn. Khairul Faridah bt Hasan, PTP 2 PKG SG.Choh En. Ahmad Khairani Khatab dan FT Sg. Choh En. Izuan B. Yaakop.Pemantauan ini bertujuan untuk melakukan pemeriksaan terhadap komputer dan perisian yang akan digunakan oleh para pelajar. Staf yang terlibat terdiri daripada guru SMK Syed Mashor iaitu Pn. Zhara bt Mohd Noor dan Juruteknik iaitu En. Naim Awang b. Ghazali.







Wednesday 25 April 2012

KHIDMAT BANTU PEMASANGAN TELEFON PANASONIC KX-TES824

Khidmat bantu Pemasangan telefon Panasonic KX-tes824 dijalankan di PKG Kalumpang. Projek ini diketuai oleh PTP 2 PKG SG.Choh En. Ahmad Khairani Khatab, FT Sg. Choh En. Izuan B. Yaacop, FT Kalumpang En. Amin b. Othman, PTP 2 PKG Kuala Kubu Bharu En. Roslan b. Maydin. Khidmat bantu ini bertujuan memasang telefon Panasonic KX-TES824 yang sekian lama tidak digunakan. Dengan Pemasangan telefon ini, memudahkan Staf PKG Kalumpang untuk berhubungan diantara satu sama lain. Projek ini bermula pada jam 02.30 petang dan tamat pada jam 04.30 petang.





BENGKEL i-NILAM PKG KALUMPANG

Pada 24 April 2012, PKG Kalumpang telah mengadakan satu bengkel i-NILAM bagi sekolah ahli PKG Kalumpang yang berlansung di PKG Kalumpang. PKG Kalumpang telah menjemput Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Sungai Choh Pn. Khairul Faridah bt Hasan. Beliau telah memberi penerangan bagi bengkel i-NILAM yang dihadiri oleh GPM seramai 11 orang. Bengkel i-NILAM ini telah dibantu oleh Pegawai Terknologi Pendidikan 1 PKG Kuala Kubu Bharu Pn. Semeriati bt Kiman, Pegawai Terknologi Pendidikan 2 PKG Sg. Choh En. Ahmad Khairani Bin Ab Khatab, Pegawai Terknologi Pendidikan 2 PKG Kuala Kubu Bharu En Roslanb. Maydin, Pegawai Terknologi Pendidikan 2 PKG Kalumpang Pn. Noor Hafiza bt Abdul Rauf, Juruteknik PKG Sg. Choh En. Izuan b. Yaacop, Juruteknik PKG Kalumpang En. Amin b. Othman. Bengkel ini diadakan bagi memantapkan pengisian data nilam pelajar ke dalam sisten pengisian i-nilam secara dalam talian.





Mesyuarat PKG Daerah Hulu Selangor Bil.2/2012

20 April 2012, Mesyuarat PKG Daerah Hulu Selangor Bil.2/2012 dijalankan di PKG Kuala Kubu Bharu dihadiri oleh semua ketua PKG dan diiringi semua staf kecuali Pembantu Tadbir.Banyak perkara dibincangkan terutama perkara berkaitan dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT).Aktiviti semasa juga dibincangkan termasuk tugasan tambahan melalui email dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.







Friday 13 April 2012

PEMANTAUAN PKG KE SK SUNGAI CHOH

Pada tanggal 12 April 2012, warga kerja PKG Sg. Choh yang terdiri daripada Pn. Khairul Faridah bt Hasan (Pegawai Teknologi Pendidikan), En. Ahmad Khairani bin Ab Khatab (Pegawai Teknologi Pendidikan) dan En. Izuan b. Yaakop (Juruteknik komputer) telah pergi ke SK Sungai Choh untuk melaksanakan pemantauan terhadap pengurusan pusat sumber sekolah dan pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah tersebut.

Secara keseluruhannya, proses pemantauan berjalan dengan lancar. Pihak kami juga telah mendapat komitmen yang sangat baik daripada pentadbir, guru perpustakaan dan media, Juruteknik Komputer Sekolah, guru-guru serta seluruh staf sekolah.







MESYUARAT PAGI BIL 5/2012

Pada tanggal 10 April 2012, telah berlangsungnya Mesyuarat PKG Sg. Choh Bil 5/2012. Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama PKG Sg. Choh.

Pelbagai perkara berbangkit dan permasalahan-permasalahan di PKG dan Sekolah Ahli PKG Sg. Choh telah dibincang dan telah mencapai kata sepakat dari semua staf. Tidak lupa juga cadangan-cadangan yang bernas dalam menggembleng idea dan tenaga demi memantapkan lagi PKG Sg. Choh dan Sekolah Ahli PKG Sg. Choh.






Tuesday 10 April 2012

BENGKEL PENGURUSAN DAN PENGISIAN DATA iQPSS DAN iNILAM

Pusat Kegiatan Guru Sg. Choh telah menganjurkan Bengkel Pengurusan dan Pengisian Data IQPSS dan iNILAM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PKG Sg. Choh. Bengkel ini diadakan pada 4 Febuari 2012 selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Seramai 26 peserta bersama 4 orang staff PKG, telah berjaya menghadiri bengkel pada kali ini dan diharapkan selepas ini para peserta akan mendapat pendedahan yang secukupnya bagi membantu Pengurusan dan Pengisian Data IQPSS dan iNILAM di sekolah.

Objektif utama kursus ini adalah sebagai pendedahan kepada Guru Perpustakaan dan Media serta Guru Perpustakaan tentang selok-belok pengurusan PSS yang berkesan. Bengkel ini juga memudahkan GPM dan PKG menyelesaikan masalah yang berbangkit, kekeliruan data dan menjimatkan masa. Selain tu, bengkel ini dijalankan adalah untuk memastikan sekolah menerima penarafan bintang yang bersesuaian dengan keadaan pusat sumber yang sebenar.

Bengkel ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua GPM kerana ia mencapai objektif dan tujuan diadakan. Peserta juga mahu bengkel seumpama ini diteruskan dari masa ke semasa. PKG juga amat berbesar hati dengan komitmen yang diberikan oleh semua GPM.