MENU UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 29 June 2012

PESTA BUKU SELANGOR 2012

Tuan/Puan adalah digalakkan mengunjungi pesta buku ini bagi menambah pengetahuan terhadap perkembangan maklumat terkini serta berpeluang mendapatkan bahan-bahan dan buku-buku rujukan.

Pesta Buku Selangor 2012
akan diadakan seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 29 Jun - 9 Julai 2012
Tempat : Pusat Konvensyen Shah Alam. (SACC) Shah Alam.
Masa : 10.00 pagi - 9.00 malam
Pempamer : 73 pempamer
Jumlah booth : 163 booth






PEMANTAUAN PKG SUNGAI CHOH BIL 1/2012

20.6.2012 – RABU. Satu pemantauan telah dijalankan di PKG Sg Choh. Pemantauan tersebut telah dijalankan oleh Pn Rusita Shaari dan Pn Syariza bt Zainal Abidin dari UPICT BTPN Selangor. Pemantauan ini adalah sebagai menilai sejauh mana semua Pusat Kegiatan Guru di negeri Selangor ini menjalankan dan menggerakkan PKG dengan pengurusan dan aktiviti yang telah ditetapkan. Kami mengalu-alukan kedatangan mereka dengan terbuka dan gembira. Segala teguran dan nasihat akan kami jadikan panduan untuk menjadikan PKG Sg Choh cemerlang dan gemilang di masa akan datang.



Wednesday 13 June 2012

PERINGATAN MESRA PENGISIAN DATA IQPSS DAN i-NILAM

Sila kemaskini maklumat dan data dalam i-NILAM dan IQPSS sebelum 15hb jun 2012. segala kerjasama dari pihak sekolah amatlah diharapkan dan diucapkan terima kasih.









Monday 4 June 2012

MESYUARAT PAGI PKG SG CHOH BIL 7/2012

4.6.2012 - Mesyuarat pagi bilangan 8/12 diadakan dari jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Kehadiran mesyuarat adalah penuh iaitu Khairul Faridah bt Hasan, Ruzana Tukimon dan Mohd Izuan b Yaakop. Ia diadakan di Bilik Makmal Komputer, PKG Sg Choh.Mesyuarat kali ini membincangkan mengenai semua pengurusan dan pentadbiran PKG. Mengumpul dan memastikan data yang dipohon diterima dan menyelaras semua yang tertunggak supaya dapat diselesaikan sebelum sekolah bermula. Aktiviti seperti ini memudahkan dan akan dijalankan sehingga penghujung tahun.